“Wei Lissa,cepat lar bangun.Kemarin kemain lagi ajak jogging pagi ni.Sekarang ni kau tengok jam dah pukul bape.Kau nak tunggu matahari naik baru nak pegi jog ke..”bebel Tania sambil menarik selimut yang membaluti tubuh Melissa.
Tania merupakan sahabat karib Melissa.Mereka berkawan sejak dari sekolah menengah lagi.Mereka mengambil keputusan untuk menyewa rumah bersama lagi dua orang rakan yang merupakan pelajar U itu jugak.Sebenarnya dia sendiri tidak menyangka bahawa Tania juga bakal menuntut di university yang sama dengannya.
“Ala..Nia,kejap lagi lar..Give me 5 minutes ok.Bagi lar balik selimut aku tu.”renyek Melissa seperti budak tadika yang tak cukup umur.Nama pon budak tadika sah-sah lar x cukup umur..hehe.Dia menarik kembali selimut di tangan Tania.Tania jadi semakin geram.
‘Ishh..minah ni.Kalau depan orang..bukan main cool..tapi kalau dekat bilik mengada-ngada kalah budak kecik’rungut Tania.Dia hanya mampu menggeleng di dalam hati.Dia sememangnya cukup kenal dengan sikap Melissa yang cuma manja dengan orang yang dia rapat saja.Melissa seperti takut hendak menunjukkan sikapnya secara terus kerana bimbang orang akan melihat kelemahannya.
“Xde2..Ko bangun sekarang jugak.Kalau tak,aku siram kau dengan air.Cepat!!!!Adilla dengan Nurin dah tunggu kat bawah tu.Aku tunggu kau dengan diorang kat bawah.Cepat sikit”tegas Tania seraya menarik Melissa bangun.Dia terus keluar setelah melihat Melissa sudah masuk ke dalam bilik air.
Setelah selesai mandi,Melissa terus menuju ke almari pakaiannya untuk mencari pakaian yang sesuai.Akhirnya dia memilih untuk mengenakan seluar warna pink,t-shirt putih dan jaket pink.Bagi menyempurnakan gayanya,dia mengikat rambutnya yang panjang itu seperti ekor kuda dan memakai cap yang juga berwarna pink.Kedua-dua warna itu ialah warna kegemarannya.Dia hanya mengenakan sedikit bedak dan pelembap bibir.Dia nampak sangat comel berpakaian seperti itu.Setelah berpuas hati,dia terus bergegas turun untuk berjogging di sekitar taman rekreasi.
***************************
Sedari tadi dia menunggu adiknya yang satu itu.Sudah hampir lima belas minit dia menungggu namun kelibat adiknya masih tidak muncul.Kesabaran dalam dirinya kadang-kadang sangat tercabar apabila berhadapan dengan adiknya yang seorang tu..Geram..
“Alia,cepat lar..Abang dah x larat nak tunggu nih.Abang Farid dah tunggu tu.Kalau lambat abang pegi dulu lar..haish..”jerit Haikal dari dapur.
Mak Mah yang sedang sibuk mengemas dapur turut terkejut.Sudah berpuluh-puluh tahun Mak Mah berkhidmat di rumah Tan Sri Farouk.Dia sudah kenal sangat dengan perangai Haikal dan Alia.Kedua-dua anak majikannya itu sudah dianggap sebagai anaknya sendiri.Dia lah yang menjaga mereka sejak dari kecil.Kebetulan Mak Mah sudah kematian suami dan dia keguguran dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan orang-orang yang disayangai.Rasanya kalau nak cerita pasal Mak Mah ni..pnjang lagi.Boleh buat satu novel.Hehe..
“Kejap lar abang..Alia nak siap dah lar ni.”laung Alia dari dalam biliknya.Kalau sehari dua beradik ni tak lawan jerit dalam rumah tu sah lar jawabnya.Mak Mah yang berada di dapur turut menggeleng kepala melihat telatah mereka.
“Haikal minum lar dulu.Mak Mah dah siapkan sarapan.Kejap lagi turun lar si Alia tu.”Mak Mah meletakkan nasi goreng diatas meja.Di sendukkan sedikit ke dalam pinggan lalu disuakan kepada Haikal yang sudah menarik kerusi untuk duduk.
“Terima kasih Mak Mah.Mak Mah..papa dengan mama mana?”soal Haikal kerana sejak dari tadi dia tidak melihat kelibat mama dan papanya.Mustahil mereka sedang tidur kerana mama memang pantang orang bangun lewat dalam keluarga ni.Dia dan Alia sejak dari kecil didik begitu.
“Tan Sri dengan Puan Sri dari awal pagi tadi dah keluar.Katanya nak pergi melawat pak su kamu yang masuk hospital kemarin.”Haikal terangguk-angguk mendengar penjelasan Mak Mah persis budak tahun satu.
“Morning abang..Humphh..harumnya bau nasi goreng ni.Mesti sedapkan.Yummy..”Alia yang sudah berpakaian lengkap untuk berjoging terus menyendukkan nasi ke dalam pinggan di hadapannya.
“Ha..Turun pon..Makan cepat sikit.Lepas ni abang nak kena jemput Abang Farid plak.Dia malas nak drive katanya”Haikal terus membawa pinggannya ke dapur.
“Ishh..ngada lar Abang Farid tu.”Alia yang sememangnya dari kecil sudah kenal dengan kawan abangnya tu.Maklumlah parents diorang berkawan sejak dulu lagi.
***************************
Suasana di Taman Kiara sangat nyaman.Kelihatan beberapa orang berpakaian lengkap untuk bersenam.Bagi orang yang bekerja,hari-hari cuti begini saja masa untuk mereka meluangkan masa bersama keluarga melakukan aktiviti riadah kerana hari lain mereka sibuk mencari duit bagi menyara diri.Apatah lagi tinggal di kota metropolitan ini,semestinya kos sara diri lebih tinggi.Bagi Melissa pula,jika dia sudah mempunyai keluarga sendiri,dia pastinya lebih memilih berada di rumah bergurau-senda bersama-sama keluarga dan suami tersayang.Ceit!!!
“Ehh Lissa..kau ni tak habis-habis ngelamun.Aku dengan Dilla nak pergi kedai kat ujung tu.Nak belikan air.Kitorang haus.Ko nak ke tak air..ke apa ke??huh??”tegur Nurin setelah melihat Melissa seperti melamun.
Ishh kawan aku sorang ni.Geram betul aku dengan Nurin ni.Tak boleh tengok aku berangan sikit..terus nk kacau..Rasa nak aje aku bukak gelanggang wrestling kat sini.Aku jadi Big Show..sah-sah ko jadi roti kering Nurin oii..hakhak..
“Tengok tu.Ngelamun lagi.Haishh!!Geram aku..”jerit Nurin dengan suaranya yang memang power dan tangannya dengan spontan terus menepuk bahu Melissa yang waktu itu sedang menongkat dagu.Elok-elok sikit minah ni.Kalau yer pon nak tampar pun tengok-tengok lar sama..Mujur muka aku yang lawa ni tak tersembam kat atas meja ni.Pastu kalau nak jerit pon agak-agak lar sikit.Aku yang mendengar ni pon rasanya boleh pekak telinga ni.Aku rasa kalau syarikat rakaman pun boleh ambik minah ni jadi penyanyi sebab jeritan dia tu dua kali dengar dah macam orang berlatih vokal dah.
“Eh kau ni Nurin jangan lar jerit-jerit.Aku dengar lar apa kau kata..Ingat aku ni pekak sangat ker.Tengok tu mamat yang duduk lepak kat bawah pokok tu pun dah tengok kau.Tak takot ker jatuh saham nanti”Adilla dan Tania yang tadi hanya menjadi penonton setia terus saja menghamburkan gelak yang tak dapat ditahan lagi setelah mendengar apa yang dikatakan Melissa secara spontan tadi.
‘Kureng punya kawan..aku sedarkan dia ngelamun.Dia boleh pulak peril aku.Memang nak kena cili betul mulut minah ni.Macam lar mamat kat hujung tu tengok aku time marah dia.Saja tau dia ni..’desis Nurin dalam hati sambil memuncungkan mulutnya ke depan.Muka dia toksah kata lar..memang muka tak puas hati tahap petala ke lapan.Al-maklumlah kena peril depan-depan macam tu.
“Ala-ala sayang aku ni.Sorry lar.Aku bukan sengaja nak sakitkan hati kau.Aku gurau jer.Kau pon kalau yer pon nak tegur aku tak yah lar tampar aku mengejut.Terkejut aku tau.Nasib baik tak melayang nyawa aku ni.Kang tak pasal-pasal kau jugak hilang kawan.Dah-dah..Tak payah duk muncung mulut tu.Panjang sampai boleh buat pengangkut.Nanti tak lawa pulak muka kau tu.Zairee lari cari orang lain baru tau”pujuk Melissa tesenyum sambil memeluk bahu temannya itu.Nurin pulak dengar jer nama Zairee a.k.a kekasih hati terus saja mengukir senyum.
“Ha..comel pon kawan aku sorang ni kalau senyum.Dah-dah.Pegi lar beli air Revise satu kat aku.Aku pon dahaga dah ni layan kau.”Nurin dan Adilla yang mendengar pesanan Melissa terus saja pergi ke kedai hujung tu meninggalkan Melissa dan Tania yang duduk berehat di bawah pokok tu.
Life
9 years ago
0 comments:
Post a Comment