ApEr-Aper JeR LaR...Huhu... :)

Sunday, April 17, 2011

BiLa CiNtA iTu AdA 1

Posted by Lil Girls at 11:16 PM
     Suasana di dewan utama Universiti Malaya kelihatan sesak dengan pelajar-pelajar yang sibuk menguruskan pendaftaran dan ada juga yang sibuk mendapatkan kunci bilik bagi yang ingin tinggal di kolej kediaman.Pelbagai perasaan yang dirasai oleh Melissa setelah menjejakkan kaki di sini.Sememangnya universiti ini pilihan mamanya sendiri.Kalau diikutkan papanya pasti dia sekarang sudah terbang ke Jepun kerana beberapa minggu yang lalu dia telah mendapat surat tawaran Universiti Tokyo dalam bidang Civil Engineering.Tetapi oleh kerana mamanya tidak mahu berjauhan dengannya dan apabila memikirkan papanya yang sentiasa sibuk dia jadi kasihan dengan mamanya.


     “Melissa sayang..dah habis isi belum borang tu?”tanya Puan Maria dengan penuh sikap keibuan.


     “Kejap ma..Lissa nak siap dah ni ha..selesai pon..kejap ek ma,Lissa nak hantarkan borang ni.”ujar Melissa dengan raut wajah lega.


     “Okey sayang..mama tunggu ek..Cepat sikit tau..Papa kau ni kemana tah..ishh..anak kesayangan dia dah nak masuk university pon still sibuk nak menghilang..hmm.”rungut Puan Maria sambil lehernya meninjau kelibat suaminya,Tan Sri Zakri.


     Melissa bingkas bangun untuk mengatur langkah ke meja pendaftaran setelah berpuas hati dengan borang yang siap diisi.
                   ***************************
     Kelihatan di satu sudut,terdapat seorang pemuda yang sibuk mengisi borang di tangan.Haikal dibantu rakan-rakannya,Iqbal dan Hadi yang kini berada di tahun akhir untuk memilih matapelajaran yang bakal di ambilnya.


     “Hey bro..cepat lar isi borang tu..Kita dah lewat ni..Kau nak tunggu sampai malam ke kat sini.Kalau kau nak dipersilakan..tapi aku tak sanggup.”ujar Iqbal yang sudah seperti cacing kepanasan.
     
     “Kejap-kejap..hampir siap dah ni..Sowy arr.. tak pasal-pasal korang pulak yang kena tunggu aku..”jawab Haikal dengan muka yang serba salah.


     “Tak aper lar Haikal..lagipon kitorang free jer..ehh..jangan lupa Business Law,subjek penting kau tu,”beritahu Hadi sambil merujuk kepada ruangan jurusan perniagaan pada borang pendaftaran Haikal.


      Sememangnya darah ahli perniagaan memang sentiasa mengalir dalam tubuh Haikal sejak dari kecil lagi.Memang tidak dinafikan, dia sendiri sering didedahkan dalam dunia perniagaan sejak dari umur 16 tahun.Ayahnya sendiri seorang tokoh korperat yang berjaya dan terkenal.


     “Okey siap pon.kejap ek aku nak hantarkan borang nie.Lepas ni kita pergi minum k..Ak tahu korang pon dah boring kan”ujar Haikal sambil menyusun borang pendaftarannya dan terus melangkah ke kaunter untuk menghantar borang-borang yang telah siap diisi itu.
                        ***************************
     “Allah..ehh..kau mata letak kat mana ek??Sampaikan aku yang besar ni pon x nampak..”bentak Airel tanpa sedar raut muka dihadapannya telah berubah.


     “Awak ni apesal nak marah-marah saya tak tentu pasal..Saya bukannya sengaja pon,maaflah tapi awak tak sepatutnya bentak orang macam ni..Saya mintak maaf.”ujar Melissa sambil menundukkan kepala.

     Muka yang putih bersih tanpa sebarang noda itu kelihatan kemerah-merahan menahan malu akibat dibentak dihadapan orang ramai.Namun Melissa tetap mengawal riak mukanya agar tidak kelihatan seperti marah.Tanpa dia sedari, muka dihadapannya tidak lagi menunjukkan riak marah malah terkesima.Mata Airel tajam menenung ke arah wajah yang sememangnya cukup memukau para jejaka yang melihatnya.


    ‘Cantik jugak budak ni..tak penah aku tengok pompuan secantik dia ni.’detik hati Airel.


     Tiba-tiba tanpa sempat dielak kedua-dua pasang mata saling bertembung dan terus menimbulkan debar dihati.Melissa pantas mengalihkan pandangannya ke arah lain.Airel dapat mengesan rona merah dimuka Melissa.Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh terbit dari hatinya.Airel sedaya upaya bersikap tenang dan berpura-pura seperti tiada apa yang terjadi tetapi dia tidak dapat menahan senyuman yang terlukis di wajahnya setelah melihat rupa Melissa yang merah akibat malu.
     
     Melissa dapat merasakan bahawa sepasang mata milik lelaki itu masih tetap melekat pada wajahnya.Melissa tidak suka ditenung seperti itu.Dia jadi malu,sangat malu.


    ‘Ehh mamat ni..apa tenung-tenung.Macam nak telan aku aja gayanya..Ingat-ingatlah sikit anak dara orang ni..hmm’rungut Melissa dalam hati.


     “Ehem ehem..Ok lar..Terima kasih.Saya pergi dulu.”ujar Melissa setelah Airel menghulurkan borang yang telah dikutipnya.
Melissa terus menoleh tanpa mempedulikan mata Airel yang seperti orang nampak hantu.Secara jujurnya sepasang mata milik jejaka itu mampu menggetarkan naluri wanitanya tetapi cuba diusir sejauh-jauhnya.Sejak dia berpisah dengan Zariff akibat lelaki itu berlaku curang dengannya,Melissa tidak lagi mempercayai lelaki.Baginya lelaki semuanya sama,tidak boleh dipercayai.Dia hanya percaya dengan papa dan abang-abang kesayangannya saja.


     “Dah hantar dah ke borang tu??mama tengok dari tadi lagi budak lelaki tu tengok sayang.Jangan-jangan dia dah jatuh cinta tak dengan anak mama ni.Nak masuk line lar tu.”usik mama sambil tersenyum simpul.


     “Mama ni..Ada-ada jer lar.Malu lar Lissa.Lagipun mama kan tahu Lissa macam mana kan”kata Melissa dengan tegas tanda tidak suka dengan usikan mamanya yang satu tu.


     “Lissa..mama tak nak tengok Lissa camni.Lissa kena ubah persepsi Lissa terhadap lelaki.Hubungan Lissa dengan Zariff anggap je lah kamu takde jodoh.Bila lagi anak mama nak ada pasangan kan.”kata Pn.Maria sambil mengurut-mengurut bahu anaknya.Anak rambut yang terjuntai di dahi terus diselit ke telinganya.


     “Entah lar ma.Lissa pon tak tahu nak kata apa lagi”Melissa cuba meringankan fikiran mamanya.Meskipun Pn.Maria sering menasihati Melissa namun Pn.Maria tidak pernah memaksa Melissa menerima keputusannya.Pn.Maria sememangnya seorang ibu yang sangat memahami.Melissa lah satu-satunya anak perempuan yang dia ada.


     Pn.Maria terus menarik Melissa ke dalam dakapannya.Dia sememangnya cukup mengerti akan sikap Melissa yang lembut hati dan cepat tersentuh tu.Sememangnya dia juga menyenangi sikap Zariel dan dia amat kecewa setelah mengetahui hubungan mereka sudah berakhir.Dia juga tidak tahu dimana silap Melissa namun dia tetap berdiri dan menyokong Melissa.Melissa ialah seorang anak yang baik dan sentiasa menyenangkan hati tuanya.Oleh itu,dia tidak akan membiarkan anaknya terus hanyut dengan kesedihan yang dialami akibat lelaki bernama Zariel.

0 comments:

Post a Comment

ReMeMbEr ThIz!!

 

NaDy StOrYmOrY Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity